Penggulungan Syarikat

Scheme of Arrangement
December 6, 2021
bankruptcy guide bankrap
Panduan Kebankrapan
December 11, 2021
Scheme of Arrangement
December 6, 2021
bankruptcy guide bankrap
Panduan Kebankrapan
December 11, 2021

Apakah itu Penggulungan Syarikat?

Penggulungan syarikat (likuidasi) merupakan proses di mana aset syarikat dikumpulkan dan dihasilkan (dijual) bagi menyelesaikan hutang dan tanggungan syarikat oleh Penyelesai.

Jika terdapat lebihan wang (selepas pembayaran kepada pemiutang syarikat, kos dan perbelanjaan penggulungan), wang tersebut hendaklah diagihkan di antara penyumbang-penyumbang mengikut hak dan kepentingan masing-masing.

Jenis Penggulungan?

Syarikat boleh digulungkan melalui 2 jenis penggulungan:

A. Penggulungan Terpaksa Melalui Makhamah

Penggulungan terpaksa adalah pengugulungan syarikat melalui Mahkamah dan seorang Penyelesai akan dilantik. Pegawai Penerima atau Penyelesai diluluskan boleh dilantik sebagai Penyelesai untuk menyelia syarikat yang digulungkan.

Jika terdapat hutang lebih daripada RM50,000 dan gagal membayar dalam tempoh 21 hari dari tarikh Notis Tuntutan diserahkan, pemiutang syarikat boleh menggulungkan Syarikat tersebut melalui tindakan Mahkamah.

B. Penggulungan Sukarela

Syarikat juga boleh digulungkan secara sukarela melalui resolusi mesyuarat dan melantik Penyelesai untuk menyelia syarikat tersebut.

Terdapat 2 jenis bubaran sukarela:

1. Bubaran Sukarela Anggota (Ahli)

Syarikat boleh dibuburkan secara sukarela oleh Anggota (Ahli) jika Syarikat tersebut boleh membayar semua hutang termasuk kos pembubaran Syarikat. Maklumat lanjut untuk buburan sukarela boleh dibace di sini.

2. Bubaran Sukarela Pemiutang

Jika Syarikat tidak dapat membayar semua hutang, Syarikat boleh dibuburkan secara sukarela melalui Penggulungan Sukarela Pemiutang. Maklumat lanjut untuk bubaran sukarela pemiutang boleh dibaca di sini.

Siapakah yang boleh Memfailkan Petisyen Penggulungan?

  • Syarikat itu sendiri (melalui pengarah-pengarahnya)
  • Pemiutang
  • Penyumbang
  • Penyelesai
  • Pendaftar Syarikat
  • Bank Negara Malaysia
  • Menteri Kewangan

Tugas Penyelesai:

Secara umumnya, tugas Penyelesai adalah seperti dibawah:

  • Menyiasat harta Syarikat
  • Mengambil jagaan dan perletahakan ke atas harta syarikat
  • Menghasilkan (jual) aset Syarikat
  • Menentukan liabiliti / tuntutan menerusi Borang Bukti Hutang (Proof of Debts)
  • Membayar hutang Syarikat
  • Membubarkan Syarikat

Implikasi Penggulungan Syarikat:

  • Penyelesai mengawal dan mengambil alih aset Syarikat bagi tujuan penghasilan.
  • Pindahmilik asset Syarikat tidak sah melainkan Mahkamah memerintahkan sebaliknya.
  • Tindakan atau prosiding Mahkamah terdapat syarikat tidak boleh diteruskan atau dimulakan melainkan dengan kebenaran Mahkamah.
  • Perniagaan syarikat ditamatkan dan kuasa pengarah dan ahli yang mengurus hal ehwal Syarikat digantikan oleh Penyelesai yang mengawal Syarikat untuk tujuan penggulungan.

Bagaimana Syarikat Yang telah Digulungkan Boleh Dihidupkan Semula?

Setelah Mahkamah mengeluarkan Perintah Penggulungan ke atas mana-mana Syarikat, satu permohonan boleh dibuat oleh Penyelesai, Pemiutang atau Penyumbang (pemegang saham) Syarikat tersebut ke Mahkamah untuk penamatan penggulungan atau penggantungan penggulungan tersebut secara keseluruhan atau pada satu tempoh tertentu (penggantungan sementara) setelah mana-mana perkara berikut dibuktikan kepada Mahkamah:

  1. Syarikat tidak sepatutnya digulungkan.
  2. Kesemua hutang kepada pemiutang yang telah memfailkan Borang Bukti Hutang telah diselesaikan melalui Penyelesai.
  3. Terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh Syarikat dalam tempoh penggantungan diberi-tertakluk kepada kelulusan Mahkamah (penggantungan sementara).

Tanggungjawab Pengarah dan Setiausaha Syarikat:

  • Bertanggungjawab memberi kerjasama kepada Penyelesai untuk memberi maklumat berkenaan Syarikat.
  • Memfailkan Penyata Hal Ehwal kepada Penyelesai.

(Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia)

Bagaimana VCCA boleh bantu anda?

VC Corporate Advisory (“VCCA”) ialah sebuah firma perakaunan yang berpengalaman dalam bidang khidmat nasihat koporat khususnya dalam bidang insolvensi.

Kumpulan kami mempunyai pengalaman dan kelayakan professional untuk membantu anda.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di +603 6734 9838 atau emel kami di info@vcca.my

Ikuti kami di: Facebook and/or Linkedin

error: