
Penggulungan Syarikat
December 9, 2021Apa itu Kebankrapan?
Kebankrapan merupakan satu proses di mana seseorang dibankrapkan oleh mana-mana pihak lain atas kegagalan membayar hutang.
Bagaimana anda boleh menjadi bankrap?
Melalui permohonan oleh pemiutang atau permohonan anda sendiri.
Setelah menjadi bankrap, anda dilarang sama sekali:
- Membuat pindah milik asset semasa dalam tempoh kebankrapan
- Menjadi calon / dipilih / memegang / menjalankan jawatan majlis sebuah pihak berkuasa tempatan
- Tidak boleh membuat pinjaman melebihi RM1,000 tanpa memaklumkan status kebankrapan kepada pemberi pinjaman
Anda akan disekat setelah dibankrapkan, namum dengan kebenaran Jabatan Insolvensi Malaysia, anda masih boleh:-
- Keluar negara
- Bekerja: Tiada sekatan untuk bekerja. Walau bagimanapun, ianya tertakluk kepada majikan
- Akaun Bank: Membuka atau mengaktifkan akaun bank untuk tujuan kemasukan gaji sahaja
- Syarikat Keluarga: Menguruskan/bekerja di sesebuah syarikat yang dimiliki oleh keluarga
- Tindakan Mahkamah: Membawa / mempertahankan apa-apa Tindakan Mahkamah
Membebaskan Diri dari Kebankrapan:
- Seksyen 105 Akta Insolvensi 1967
Apabila hutang anda telah dibayar dengan penuh; atau
Anda percaya anda tidak harus dijadikan bankrap atas isu undang-undang.
- Seksyen 33 Akta Insolvensi 1967
Apabila hutang anda telah dibayar 30-50% daripada jumlah hutang.
Mahkamah boleh mengenakan pelepasan bersyarat yang mana anda perlu patuh akan syarat tersebut walaupun mendapat pelepasan.
- Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967
Anda boleh memohon untuk Pelepasan selepas 5 tahun dari Tarik perintah kebankrapan di cawangan yang mentadbir kes anda.
Jabatan Insolvensi Malaysia berkuasa untuk menerima atau menolak permohonan anda berdasarkan tingkah laku/kerjasama/pentadbiran dan dividen yang boleh dibayar kerana pelepasan ini juga terbuka kepada bantahan pemiutang.
- Seksyen 33C Akta Insolvensi 1967
Selepas 3 tahun pemfailan Penyata Hal Ehwal, anda boleh memohon untuk memasuki program pelepasan automatic yang mana anda perlu:
- Mematuhi sasaran sumbangan yang ditetapkan
- Memfailkan Penyata Pendapatan ke Jabatan Insolvensi Malaysia setiap 6 bulan sepanjang tempoh 3 tahun.
Perkiraan Sukarela (Voluntary Arrangement) Dibawah Akta Insolvensi 1967
Perkiraan Sukarela (Voluntary Arrangement) (VA) adalah alternatif kepada kebankrapan. Ianya memberikan peluang untuk berunding dengan kesemua pemiutang supaya anda tidak dibankrapkan dengan bantuan seorang penama (nominee) yang berdaftar dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.
(Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia)
Bagaimana VCCA boleh bantu anda?
VC Corporate Advisory (“VCCA”) ialah sebuah firma perakaunan yang berpengalaman dalam bidang khidmat nasihat koporat khususnya dalam bidang insolvensi.
Kumpulan kami mempunyai pengalaman dan kelayakan professional untuk membantu anda.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di +603 6734 9838 atau emel kami di info@vcca.my